31 October 2013

Giveaway Nando’s by Airis Arissa

Klik Banner Untuk Join




Hadiah: Voucher Nando's x 4 pemenang

G.A BERLANSUNG DARI 23 OKTOBER 2013 HINGGA 31 OKTOBER 2013

30 October 2013

Almost 6 month (23w+)

Assalamualaikum semua!


Cepatnya masa berlalu.. Tak sedar pun.. Semoga sentiasa dalam keadaan sihat! Haa.. dah dekat 6 bulan dah ni.. maknanya, kalau scan, mesti dah nampak jantinanya kan! Rasa-rasa nak scan tak? Hahaa... Saya ni dah tahap terlupa nak scan. Bila kawan-kawan tanya, boy ke girl? baru saya teringat dah masuk 6 bulan kandungan ni. Adeih..

Tapi rasanya yang ni saya tak nak scan lah! Saya dah dapat sepasang. Maknanya yang ketiga ni perempuan ke lelaki, saya tak kisah dah. Janji sihat walafiat dan sempurna. Tapi anak-anak kat rumah bergaduh. Masing-masing nak geng! Hahaa.. Kalau ada rezeki mengandung yang keempat pulak mesti kena scan! ekeke.. *berangan kan! (LOL)

Terajin hari ni men'gugel' pasal jantina, saya ter'klik' kat SINI.. Bila baca-baca cara mengetahui jantina kandungan ni, saya rasa lebih kepada baby boy! Hahaha.. Tapi tak tau la kan.. setiap point kat situ banyak terkena yang lelaki. Tapi baca yang perempuan tu pun ada juga terkena kat saya ni! Hehe.. Supriseeeee... berdebar pulak menunggu!





NOTA:
Walaupun siapa dia, saya berdoa agar dia anak yang soleh/solehah.. Cemerlang didunia dan akhirat.

“Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Al Furqan, 74)

22 October 2013

Follow-up 5 bulan & SSF Home Deco

Assalamualaikum!


Semalam pergi follow up untuk check up bulanan. Tak sangka dah 5 bulan lebih (23 minggu) dah usia kandungan ni. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Mana taknya, mengandung kali ni tak ada rasa alah pada apa-apa pun. Alhamdulillah.. Syukur sangat.

Tapi saya tetap mengalami masalah yang sama la setiap kali mengandung. Darah rendah.. Anemia dan sekarang, suspect thalassemia pulak.. Minta-minta dijauhkan lah.. Suspect jer tu.. Tapi semalam dapat result hb test ok sangat la.. 10.3.. tak pernah setinggi ni result hb saya. Selalunya paling tinggi pun 8.0.. Normal hb yang ok 11.0 ke atas.. Bila dapat 10.3 ni pun dah bersyukur sangat dah! Hehe..

Perut kecik jer nurse cakap.. Macam baru peknen 3-4 bulan jer.. hehe.. Kecik pun tak apa lah. Janji sihat kan. Berat badan pun dah naik. Sebelum ni turun jer. Dulu masa jumpa pakar pemakanan, dia siap bagi resepi lagi untuk naikkan hb tu.. Ekekeke... So far, result semalam OKAY! Hehe..

Tapi alang-alang halfday for checkup, saya terus ambil fullday rest! Haha.. Bukan apa, ambil kesempatan sebab husban pun cuti jugak sekarang ni, kami pergi beli barang-barang nk cat rumah. Mula-mula pergi SSF Home Deco kat area Bandar Sri Damansara. Nak tahu kenapa? Sebab tengah ada promosi Moving to Opposite Sale!




Tapiiiii...... Frust la.. tengah renovation. Tapi boleh masuk untuk beli barang. Cuma keadaan tak tersusun sangat. Barang-barang pun banyak yang takda stok. Terjah-terjah, kami beli rod kayu untuk langsir sahaja. Banyak benda lain nak, tapi tak ada stok! Huhu.. Lepas tu kami terus cari cat pula kat area gombak. Kami pilih cat dari Dulux Paint Mixing Matt. Ambil warna biru-biru turqoise gitu. Pastu combine dengan grey colour. Nak match kan dengan curtain konon-kononnya. Haha.. berdebar la pula nak tengok hasilnya. Husban sekarang tengah cuti sampai hujung bulan ni. So, dia dah janji dah siapkan cat rumah sebelum November.. Hehe.. Kita tunggu dan lihat ok.







NOTA:

Saya dah pindah rumah lama dah. Tapi kewangan tak mengizinkan nak men'deco' rumah tu. Ni buat sikit-sikit lah! Perabot rumah pun tak ada lagi.. hehe..



16 October 2013

Ikan Talapia dan Air Asam MIL

Assalamualaikum..

Haa.. saya ada post entry yang saya beraya kat hutan batu kan? Tak jadi sebenarnya.. Suami ajak balik raya kat kampung dia di Sungkai, Perak. Walaupun hati rindu nak balik kampung halaman sendiri, rindu nak jumpa orang tua.. rindu nak jumpa adik-beradik yang lain.. Tapi hati terubat juga la dapat beraya dengan keluarga suami.

Kami balik dah petang sangat dah hari sabtu tu. Sampai-sampai pun dah maghrib. Perjalanan tak jauh pun.. 2 jam jer.. kalau kat KL ni apa ada hal 2 jam kat jalan raya.. ekekeke.. Ok la, tak nak panjang sangat. Nak cerita pengalaman setelah 8 tahun kahwin ni jer. Tapi gambar tak ada. Saya tertinggal kamera kat rumah! huhu...

Hari ahad..  Masa makan tengah hari.. simple jer mak masak.. Mak masak ikan talapia goreng, masak lemak sayur bayam merah, ulam-ulaman, sambal kelapa, ari asam. Nak tau tak? Saya tak makan semua ni.. Resepi yang mak masak ni, saya hanya makan sayur bayam merah jerk.. Lepas tu suami cakap, try la mkn ikan ni cicah air asam.. SEDAP dia kata... 

Ikan yang mak goreng, garing2 sangat (Gambar ihsan dari Mr. Gugel
Air asam yang mak buat memang terbaik! (Gambar ihsan dari Mr. Gugel)

Saya segan jugak. Adik-adik semua suruh saya cuba. Risau mak dah serba salah. Dia memang tahu saya tak makan ikan tu. Selalunya mesti dia goreng ikan kembung untuk saya. Tapi maklum la, kami balik mengejut. Mak ayah tak ada la beli ikan tu. Saya pun cuba.. ambil part yg garing2 tu.. cicah.. perghh,.. sedapnya air asam mak buat ni.. ikan tu saya tak rasa apa-apa sebab dia garing... Saya cubik lagi ikan tu.. cicah air asam.. Mmm.. berselera sungguh saya makan.. Mak pun nampak suka bila tengok menantu dia yg selama 8 tahun dah balik umah dia ni tak pernah jamah ikan talapia.. 

Tapi kan.. petang tu ada satu kejadian.. Saya mula rasa mual-mual.. loya! Haiya.. saya dah start bau ikan tu 'dlm perut' saya.. dan akhirnya saya muntah dalam toilet tanpa pengetahuan sesiapa.. huhu.. macam mana ni? Risau kalau-kalau saya balik kampung lain kali, mak masak macam ni lagi. huhu..





NOTA:
Saya tak tahu kenapa, saya memang tak boleh nak telan ikan sungai. Mungkin tidak diajar dari kecilkan. Cuba juga untuk belajar makan, tapi memang akan terkeluar semula. Huhu..


12 October 2013

Salam Aidiladha!

Selamat hari raya semua. Hari ini, sabtu, 12okt.. saya masih disini.. dihutan batu! Huhu.. Tak tahu lah balik kampung ke tak.. rasanya beraya kat sini kot. Seronok tengok semua orang update perjalanan balik kampung masing-masing. Apa-apa pun semoga selamat sampai semua! Siapa yang buat korban tahun ni? Semoga pengorbanan yang kita buat sentiasa diberkati Allah s.w.t.









NOTA:

Sebenarnya, saya dah lama tak sambut hari raya korban kat kampung saya. Ingat tahun ni berpeluang la, rupanya masih belum ada rezeki untuk kami sekeluarga. Semoga tahun-tahun depan kami dapat sambut kat kampung pula. InsyaALLAH... ;)



11 October 2013

The Kiddo at Annual Concert :)

Assalamualaikum. Hari ni saya nak bercerita tentang anak-anak saya. Mereka ada konsert akhir tahun minggu lepas (6th Oct).. Kamu semua tahu tak, anak-anak start berlatih on june lagi... Lama betul pihak tadika buat persiapan. Saya ingat lagi, ada satu masa tu.. saya ambil mereka dari taska. Dalam kereta dah sibuk bercerita. "Nanti kitorang ada naik pentas mama... Kakak menari indian dance.. adik jadi "orang".. Iqbal (merujuk kepada kawan baik dia) jadi monkey.. Pastu ramai lagi kawan-kawan adik jadi elephant, tree, butterfly.. bal.. bla.. bla.." Kakak nak bercakap pun tak sempat.  Mama apatah lagi, nak mencelah pun tak sempat.. punyalah si adik excited!

Saya mula-mula confius.. ingatkan persembahan tu dalam masa terdekat. Tapi teacher masing-masing tak ada bagi surat inform ke apa. Menunggu la mama dengan cerita-cerita mereka berlatih setiap hari. Hehe.. Lepas raya tu baru mama tahu, on october sebenarnya. Balik kampung masa hari raya hari tu pun sibuk duk bercerita dengan tokma, tokyang, sepupu-sepapat yang lain pastu siap invite semua orang tu pergi tengok dia. Kelakar sangat. Saya anggap adik tak malu la kat pentas nanti masa nak buat persembahan. Kakak lain.. ada perasaan malu sikit. Bila suruh test menari kat rumahpun nampak sangat dia malu-malu.. Persembahan adik tu saya samar-samar lagi.. saya tak tahu sama ada dia berlakon or menari.. Sebab dia cakap, dia jadi "ORANG".. Haha.. Masa dapat invitation card, baru tahu dia punya persembahan menari jugak. Tema dari cerita Tarzan and Jane (patut la ada monkey, elephant bagai).. Hehe..



Tekaan saya salah rupanya. Adik jadi pemalu sangat atas pentas! Haha.. ingat la.. Mereka bersiap dari rumah. Si kakak saya pakaikan jaket dulu.. adik pun sama. Tapi adik terlebih malu. Masa nak turun rumah, adik siap pesan kat kakak, pergi tengok dulu ada orang tak kat luar. Bila kakak jerit takde, cepat-cepat dia lari menuju kereta. Hehe..

Tengok muka dia masa buat persembahan. Tersipu-sipu.. Nasib baik tak lupa step!

Lain pula dengan kakak.. Mama ingatkan kakak yang terlebih malu.. Rupanya kakak, sempoi jer. 


Ni dia tengah seronok melompat. Ekekeke.. 



NOTA:

Dah besar anak-anak saya. Tahun depan kakak dah masuk darjah satu. Saya pula jika diizinkanNYA, akan menimang cahaya mata bulan feb 2014 nanti.. Hehe.. syukur sangat. Semoga anak-anak saya menjadi orang yang berguna, cemerlang didunia dan akhirat. Mama memang tak sangka, mereka penghibur hati mama!  Mama tak mampu nak bagi pendidikan yang baik untuk kamu. Hanya sekolah dan tadika biasa saja, tapi Alhamdulillah.. anak-anak mama cemerlang dalam semua mata pelajaran sekarang. Harap sampai besar la macam ni! Hehe..

Besar harapan kita untuk anak-anak kan! >.<

09 October 2013

Nak tanya, boleh?

Assalamualaikum!

Boleh tak saya nak tau.. Kalau saya ubah title dan blog address blog ni, apa akan jadi? Ada effect tak kat followers saya or kat acc nuffnang saya tak?




Ingat nak tukar la *gatal*..  Rasa macam tak best pulak blog title ni! Ekekeke..







NOTA:

Dulu saya dah ada blog sebenarnya.. rasanya dalam 5 tahun lepas. Blog tu best sangat. Followers saya pun dah ramai masa tu. Tak silap dalam 500++. Tapi kat situ saya banyak lepaskan perasaan. Masa tu jiwa tengah kacau. So, entry pun banyak yang merapu meraban. Marah-marah. Semua sensitif-sensitif belaka. Now, saya tekad nak berubah. Nak BAHAGIA. Saya kuatkan semangat *ececeh*.. Saya DELETE blog tu.. Hahaha..  Tapi sekarang, rindu la plak! (doh)


08 October 2013

Kisah FM dan Keychain

Assalamualaikum WBT..

Haaa.. Lama batul tak update! Saya agak tak berapa sihat sekarang ni.. Maklum la sedang berbadan dua ni kan! Macam-macam pula dugaan mengandung kali  ni! Test MGTT hari tu, result atas border la pulak! Kena berpantang makan la lepas ni. Tapi susah sebenarnya. Sebab saya darah rendah. Below 9.0.. Nak kena makan macam-macam untuk naikkan hb ni.. Tapi bila makan banyak, risau la pulak. Tapi saya ni tak ada la gemuk sangat. Tinggi 160cm, berat 52kg untuk sekarang ni 5 bulan mengandung. Siap nurse suruh tambah berat badan lagi. Huhu.. Tak apa la. InsyaALLAH, semua baik-baik belaka kan! Doakan saya ya kawan-kawan! 

Haaaa.. Nak bercerita pasal FM dan keychain yang saya dapat. Bukan untuk cerita pasal cantik ker, banyak ker, menarik ker.. Cuma saya nak cerita pasal sentimental value dari pemberi tersebut. Hehe... Saya kenal dengan empunya FM & keychain tu dah masuk 9 tahun kot. Abang Jai! Senior tempat saya kerja. Serius orangnya.. Nak bertegur sapa ngan dia memang saya takot. Muka garang dan agak brutal! Ekekeke... Saya ambil masa lama nak minta idea, pendapat atau ilmu dari dia. Ekekee.. 

Lepas dia berhenti kerja, dia banyak jugak bantu saya untuk mencari kerja baru. Kerja yang lebih baik. Lebih banyak benefit katanya. Tapi sampai sekarang, rezeki saya masih disini dan dia pula dah berjaya dengan kerjaya baru dia di syarikat yang lebih besar. Isteri dia, Kak Ana.. pun saya kenal gitu-gitu jugak. Saya takot jugak ngan dia sebab tengok airmuka dia macam garang jer. Hehe.. Tapi tu la orang cakap, tak kenal maka tak cinta. :P

Rupanya, mereka sangat baik hati. Kelakar sebenarnya.. Saya jarang jumpa mereka dah hampir tiga empat tahun sudah. Hanya berkomunikasi dalam laman sosial sahaja. Tapi saya sangat terharu, sebab mereka masih ingat kat saya. Hehe.. Sayang korang!!!

Hari tu diorang pergi Sabah. Ni lah souvenir diaorang kasi. Dulu pun pernah dapat. Kali ni pun dapat lagi. Sukaaaaaa tau! Especially FM tu. Saya suka sangat.


Paling best, semua souvenir ni anak saya Iyman Ghazy yang bahagikan untuk setiap orang. Maklum la dapat empat semuanya. Dia cakap, "Keychain monkey (tapi saya rasa tu orang utan. heh) untuk papa!" Bila tanya kenapa pilih yang tu untuk papa? Dia cakap, "Sebab papa GEMUK!" Hahaha.. bantai gelak kami semua! Itik tu untuk kakak. Sebab nampak itik tu macam perempuan dia cakap (LOL). Adik punya mesti lah yang comel si penyu tu. Bila tanya kenapa? Dia cakap, "Sebab adik kan comel. Cuba mama tengok adik ni (sambil tangan tunjuk kat dada dia)..  Comel kan?" Hahaha.. Adeih anak! 



"Nah, ini untuk mama.." Sambil kasi FM yang memang owsem ni! "Mama memang suka ni dik!" Saya cakap kat dia. Tiba-tiba dia cakap, "Alaaa.. adik tau.." Hehe... 

Bertambah koleksi FM saya. Terima kasih kak ana! Terima kasih a'jai.. Sayang korangggg!!!!!








NOTA:

Allah tidak pernah menilai seseorang dari segi rupa paras dan darjat keturunan, tetapi melihat apa yang ada dalam hati kita. Ini sebagaimana yang dikatakan Nabi Muhammad s.a.w:“ Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu, sebaliknya Ia melihat hati serta amalan kamu.’ (Hadis riwayat Muslim)