27 March 2012

Cameron Highland

Eh, saya bukan pergi jejalan kat Cameron pun.. saya 'lalu' jerk aritu. Perjalanan balik saya dari Kelantan menuju Perak, kami memilih ikut jalan Gua Musang --> Lojing --> Cameron --> Simpang Pulai --> Sungkai. Kami bertolak balik dalam pukul 11.30am hari Ahad. Ingat nak awal pagi dah bertolak, tapi memandangkan banyak barang belom kemas terpaksa la bertolak lambat sikit. Memang rancang dihati nak singgah sekejap kat Cameron tu.. tapi memandangkan Alysha dah 'lembik', kami hanya berhenti buang muntah Alysha jer..

Sepanjang perjalanan, Alysha muntah-muntah... kesian dia. Selalu kalau muntah pun satu kali jer.. Kali ni sampai 7 kali muntah. Adik pun membebel-bebel kat belakang... huhu.. kesian dia. Masa berhenti solat dekat masjid Gua Musang, Alysha ada cakap sakit perut. Suh dia poo-poo.. eh, mcm baby2 plak cakap mcm ni.. Tapi dia tak nak.  Tak apa lah.. teruskan perjalanan macam biasa.. cuma agak tak selesa bau muntah dia jerk la..

Masa sampai area simpang ke cameron, suami tanya nak singgah tak, saya kata tak payah la.. kesian Alysha.. Tapi berhenti la sekejap, nak bersih kan muntah Alysha ni.. ntah keberapa kali dah benti buang muntah dia> Masa berhenti tu pun, suh dia turun dari kereta dulu.. ambik udara segar.. Nak suruh bergambar pun tak nak. Adik jerk yang beria-ia bergambar. Lepastu siap cakap, "syejukkkkk..." ^___^

Kakak monyok jerk.... Sian dia..
Si adik ni bukan main lagi.. 

Mama suh bergambar betol2 pun main-main..

lastly.....





p/s:
Kamu semua ada petua or ubat tak macam mana nak elakkan anak-anak muntah waktu berjalan jauh? Saya ada bagi Alysha makan ubat setengah jam sebelum perjalanan. Tapi sebaik makan jer terus muntah. Belom sempat jalan lagi.. kesian dia..

26 March 2012

Kopi 'longgar'.. kau tau?!

Kalau ingat psal kopi ni, saya mesti mngekek-ngekek sorang-sorang.. teringat masa kat kampung suami.. Ayah cakap, "Kopi Ja 'longgar' kan." memula tak paham, pastu adik ipar cakap, "kopi k'ja tak kaw ayah cakap!" Hahahaha... tegelak besar saya! Adeih.. ampunnn... Tengok ayat ayah cakap tu, macam tak bagi saya terasa kot.. Nak jaga hati menantu! ekekeke.. Lawak la ayah ni.. Tak apa, menantu mu ini menerima nya. Kalau tak kerana teguran tu, takde la skang suami cakap, "Bestnya kopi ni..." hiksssss...





Berbalik kepada teguran mertua dalam kehidupan, kekadang saya cuba fikir yang positif! Semua teguran tersebut saya anggap sebagai proses pembelajaran saya menyelusuri kehidupan alam berumahtangga. Kekadang, kita jadi segan, malu, marah dan geram setiap teguran yang mereka lemparkan. Sebab, kita rasa apa yang kita buat itu semua betul. Dan yang pasti kita rasa kita hebat! Mereka hidup zaman lama.. Mana boleh samakan dengan zaman baru ni! eh, eh.. sedapnya hati tu cakap kan. Kalau tak ada yang lama, sudah tentulah tak ada yang baru. Betul tak?

Sebenarnya, mak mertua or ayah mertua ni nak menegur kita mesti dari sindiran. kan! Kekadang mereka fikir, kita tak boleh terima kalau mereka menegur kita. Tapi kalau tak ditegur, kita akan tetap buat perkara yang sama. Mereka mengambil langkah dengan sindiran. Tak salah pun sebenarnya. Tapi kita yang menerima sindiran tersebut perlu sedar. Tak payah la fikir yag negatif. Kita sentiasa kena positif! Kalau selalu nak buruk sangka, maka hubungan dengan mertua sentiasa tak ada keberkatan. ^___^





p/s:Terima kasih ayah! ^_____^

23 March 2012

Adik Melampau

Adik conquer seat belakang. Kakak kena mengalah.. Cuma sekali sekala kakak mengadu 'sempit'. Sedih juga tengok si kakak yang mengalah jer dengan adik sampai tertidur kat kaki adik.

Kesian..





p/s:
Tapi kekadang, kakak pun sama melampau jugak.. heeeee...... biasa lah anak-anak kan! Mendengar kata, dan cukup bersyukur saya sebagai ibu. ^_____^

22 March 2012

Kenduri Kahwin Jue & Zaman

Tahniah both of you!
Semoga bahagia hingga akhir hayat.

Suka gambar ni. Sayang rupa anak-anak macam tak 'siap'.. ^___^



p/s:
Jue, mana special nyer buah tangan? k'yus tak dapat pun.. huhu.... :P

20 March 2012

Toleransi itu penting

Alhmdulillah.. saya selamat pulang setelah bercuti 4 hari (Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin). Saya sangat happy!. Sebenarnya planning untuk balik kampung ni tak pernah terfikir pun. Saya tahu, 17hb adalah majlis bertandang bapa saudara saya. Tapi saya dah tau, kemungkinan besar, saya tak dapat balik. Sebab? Minggu tersebut adalah minggu suami saya kena balik kampung dia (Perak) untuk tolong ayah ke ladang. Jadi, saya sebagai seorang isteri memahami dan tak pernah paksa dia balik kampung saya (Kelantan). 

Tapi suami saya izinkan untuk saya balik ke Kelantan dengan menumpang kakak saya. Tapi disebabkan cuti bercanggah, saya tak dapat tumpang dia. Dia awal sehari balik dari saya. Dalam hati saya, saya tau, mama sangat berharap jika saya balik kampung kali ini memandangkan semua adik-beradik balik! Kalau saya tak balik ralat rasanya. Saya cuba minta izin suami balik naik bas. Tapi dia tak benarkan. Dia cakap bahaya, selalu balik ke Kelantan, tengok bas ekspres bukan main laju lagi katanya. Kami tak pernah 'ter'kejar la bas-bas tu.. :D

Last minute dapat sms dari suami, "Nanti ambil cuti hari jumaat dan isnin. Kita balik kelantan subuh jumaat nanti." Apa yang tertera kat skrin telefon tu membuatkan hati melonjak girang! Alhamdulillah... ALLAH makbulkan doaku untuk balik ke kampung. Terus apply cuti. Alhamdulillah juga, bos lepas kan. Mulanya sangat risau, sebab sekarang tengah 'pegang' job urgent. Takut nanti bos tak bagi cuti. Alhamdulillah lagi sebab job tu delay sekejap! Ya ALLAH.. syukurnya.

Tujuan utama saya balik ke kampung bukan semata-mata kenduri tersebut. Tapi kerana rindu berkumpul dengan adik-beradik. Sejak masing-masing dah berkeluarga, sangat susah untuk berkumpul bersama. Kalau cuti raya sekalipun, tak pernah lengkap kami 5 beradik. Alhamdulillah.. Kali ini lengkap. Bila tengok mama gembira, saya dah cukup bersyukur, ALLAH masih beri kami peluang ini.

Balik ke kampung kali ni agak lancar dan tenang... Nanti saya ceritakan apa yang saya rasa... Cerita tentang TOLERANSI.




I Luv ALLAH!!! 






p/s:
Allah sayang kita semua. Janji kita kena sayang ALLAH juga.

15 March 2012

Anak-anak gembira, saya pun bahagia.

Malam tadi ingat nak suruh suami belikan ayam. Sebab nak try Tepung Magik yang dibeli online dengan kakyongshoppe. Bila telefon, dia cakap sudah beli ikan. Boring dan makan ayam jer katanya. Nasib baik kat tepi rumah semalam ada pasar tani. Jenguk sekejap pergi beli kentang. Maka dengan itu, hanya sempat try Chezzy Sauce  saja laaa... So, terhasilah......
.
.
.
.
.

kentang wedges - home-made 

Sedap! nanti saya akan beli lagi, InsyaALLAH. Anak-anak saya memang suka makan cheesy wedges KFC punya tu. Kalau pergi KFC, memang tak pernah lupa order. Kali ni, tak perlu la saya ke KFC lagi. Buat kat rumah jer. Senang pula tu! ^_________^

Meh layan gambar anak teruna saya pula..

comot! "syedap la mama" katanya.. ^___^ 
Bila dia bergambar, suka buat macam ni! :P







p/s:
TEPUNG MAGIK - memudahkan masakan untuk pelbagai goreng, sesuai juga untuk memekatkan kuah masakan.

CHEEZY SAUCE - keju jalapeno dalam bentuk serbuk/tepung yang HALAL, rasanya enak sesuai untuk pelbagai cicahan, salad dressing, dan ditambah dalam masakan.










Hujung minggu lepas, saya masak bubur pulut hitam. Senang jerk sebenarnya. Ingatkan remeh. Terasa lengkapnya hidup bila dapat masak masakan kegemaran seisi keluarga.


Suka tengok gambar ni. :)

Jemput makan!

Kasih dan kasihani anak anda.

Wah tajuk, tak ingat kan.


Anak-anak merupakan suatu anugerah Illahi yang tidak ternilai kepada manusia. Keriangan dan tangisan mereka merupakan hiburan yang tiada galang gantinya bagi ibubapa. Sejak akhir-akhir ni, banyak berlaku perkara yang tidak dingini kepada anak-anak kecil ini. Sebagai seorang ibu, hati saya meruntuh kesah.. sangat tersentuh setiap kali membaca berita mengisahkan 'perkara buruk' ini boleh terjadi.

Saya ada dua orang cahaya mata. Saya sangat takut kalau terjadi apa-apa kepada mereka. Saya tinggal dikawasan bandar. Menghuni rumah pangsapuri. Security boleh dikatakan ketat dan hanya ada satu laluan keluar masuk. Tapi dalam keadaan yang saya rasa 'selamat' saya tetap tidak benarkan anak-anak main di taman permainan yang terletak ditengah-tengah bangunan tersebut jika saya atau suami tidak turut serta. Malah, bila anak-anak minta untuk bermain di 'luar' pintu rumah saya yang berada di tingkat dua, juga saya halang kecuali saya tunggu dan tengok mereka bermain. Itu cerita kawasan rumah.

Sama juga kalau saya keluar ke pasaraya. Kalau anak-anak ikut, syaratnya, saya akan letak anak-anak dalam troli (anak saya dalam lingkungan 3-5 tahun). Walau mereka menangis nak jalan sendiri, saya tak akan benarkan (tapi Alhamdulillah, sudah dibiasakan dari kecil, mereka sudah faham). Biarlah apa orang kata, janji anak saya ada depan mata. Saya tak nak menyesal di kemudian hari. Saya takut! 

Bila saya terbaca berita mengenai kehilangan atau kematian anak-anak kecil ini, saya terfikir situasi mereka. Macam mana boleh jadi perkara macam tu. Tapi disini saya tidak menolak ketentuan Ilahi. Cuma kita sebagai manusia, harus lah sentiasa berwaspada apa yang terjadi kepada anak-anak kita.

Jom kita doakan kesejahteraan keluarga yang telah ditimpa musibah ini. Al-Fatihah. Semoga mereka berada dalam lindunganNYA. Aminnnn...






p/s:
Mama sayang anak-anak mama! T___T

10 March 2012

Saya sudah lama maafkan dia

Ya. Sudah lama. Sekarang, saya tengah cuba untuk lupakan semuanya. Apa yang terjadi, hanya kerana DIA ingin menduga saya. 

Tadi saya terjumpa dia. Jumpa di kenduri kahwin seorang sahabat suami saya. Saya tak nampak dia. Memang tak nampak yang bukan disengajakan. Sebab ketika itu, mata saya melilau cari meja kosong. Kiri dan kanan saya memegang pinggan nasi dan buah tangan / cenderahati dari keluarga pengantin. Tiba-tiba dia datang kearah saya (mungkin laluan balik ke arah tersebut) dan memegang bahu saya. Saya terkejut. Tapi saya senyum..

"Eh, sihat?" yang terpancut dari mulut saya. "Alhamdulillah" katanya. "Kenapa akak tak datang?" soalan yang membuat saya teragak-agak nak jawab. "Ala.. tak 'berkesempatan' la... Sori.." balas saya yang agak rasa serba salah. "Akak, maafkan A**s yer.." Saya agak terkejut dengan apa yang dia katakan. Maklumlah hampir empat tahun kejadian tersebut berlaku. "Eh, dah lama akak lupakan.. eh, tahniah, semoga bahagia yer.." Kata saya. "Terima kasih kak..." Balasnya dan kami bersalaman dan dia berlalu pergi.

Ya...  memang dah lama saya lupakan. Tetapi siapalah saya.. hati wanita, bila dikhianati susah untuk sembuh. Tapi saya sentiasa berdoa, agar saya diberi kekuatan. Sebab, saya ingin bahagia. Sebenarnya 03032012, adalah kenduri kahwin dia. Memang dia jemput saya dan suami. Tapi berat hati saya untuk menghadirkan diri ke kenduri tersebut. Tapi.. dia tetap ada didalam doa saya, agar dia tidak melalui apa yang saya dah lalui.








p/s:
Hari ni sebenarnya saya kerja. Entah kenapa saya boleh lupa. Entah apa la orang opis tu bising-bising nanti. Huhu....

09 March 2012

Sambungan 0203--

EH, tak ada apa yang nak disambungkan pun.. Cuma sekarang kami bahagia. Alhamdulillah.. segala masalah, rintangan, dugaaan dan segala badai yang terjadi.. mengingatkan aku bahawa ALLAH sayangkan diri ini, sebab itulah dia menguji ku.. Alhamdulillah.. DIA juga tetap bersama aku untuk mengharungi semua badai ini.

Kini, aku lebih mencari sinar dalam hidup aku. Sebenarnya, tak mahu la cerita-cerita sedih disini. Aku harap, lepas ni aku lebih tabah. InsyaALLAH. :)

Suami ada cakap...
Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Jika jalan yang dipilih sudah benar namun pelbagai masalah mendatang, jangan berpatah balik teruskan perjalanan. Terkadang kita terlalu cepat bercakap soal buah sebaik menanam benih, bukankah untuk mendapat pokok yang baik, masih banyak yang perlu dilakukan?

Banyak makna tersirat dalam petikan tu. Akanku cuba mencari maksudnya. Dia petik kata-kata dari blog Ust. Pahrol Muahmmad Juoi. Rupanya, suamiku juga ingin berubah. Alhamdulillah.








p/s:
Cuba jadi insan yang terbaik. Untuk DIA, untuk suami, untuk anak-anak... juga untuk keluarga tersayang.. dan untuk semua... InsyaALLAH..

05 March 2012

0203--

020305.

Itulah tarikh keramat bagi aku selain tarikh2 lain yang ada dalam diari kepala ku. Tarikh yang penuh makna. Apa ada pada tarikh tersebut? Sebenarnya, inilah tarikh kami (suami dan aku) declare atau dengan kata lain, kami mengisytiharkan hubungan kami sebagai kekasih. Wahhh.... Bahagianya.. dunia ini akuuuu yang punya! Haha... Saat ni, rasanya tiada yang lain dalam fikiran. Hanya dia, dia dan dia... Itulah orang kata, bila dilamun cinta, penyakit 'angau' akan menguasai diri. Tapi Alhamdulillah, saat dilamun cinta.. keluarga tetap nombor satu! 

Kami berkenalan tak silap bulan Disember 2004. Di kenduri kahwin abang kepada seorang teman. Tapi hanya 'berpandangan' sajalah. Mula dengan ber'sms'.. Tapi bukan dengan dia. saya berkawan rapat dengan kawan rapat dia. Melalui a'wan, bermula lah sesi risik merisik.. hehe.. saya panggil dia 'botak'. Dulu-dulu, saya suka lelaki yang botak macam..
.
.
.
.
.
.
Vin Diesel
.
.
.


Hahaha.. berangan tak? Dia botak macam ni la mula-mula kenal dulu..tapi tak la sehensem Van Diesel.. Tapi cukup memikat hati saya yang belum pernah berpenghuni sebelum ni. Eh, bukan tak ada langsung, ada.... Tapi itu secara diam-diam. Walaupun pernah dilamar untuk menjadi seorang kekasih, tapi hati ini belum mampu untuk menerima cinta itu. Saat ini, ada satu lagu tema untuk menceritakan kisah cinta kami. Hiks.. Bertahta di Hati (Farahdhiya).. Kalau dengar lagu ni, mesti menitis air mata. Kenapa? Hanya aku yang tahu.


Dalam diam, aku rasa serba salah, rasa sangat tak selesa bila keluar 'dating' dengan dia. Memang dia sangat baik. Aku memang tak nak melepaskan apa yang aku ada. Tapi aku sangat sukar bila dipelawa untuk berjumpa.. apatah lagi berdua. Aku hanya keluar dengan dia bila ada rakan-rakan lain bersama. Beberapa bulan bercinta, dia menyuarakan untuk menjadi pasangan aku yang sah. Entah kenapa, saat dia melamar hati ini, terus aku menerima. Akhirnya, aku bawa dia jumpa dengan mama. Alhamdulillah, dia pandai ambil hati.. Bermula lah episod baru dalam hidup aku. 

20 November 2005, tengah hari.. Aku sah jadi Isteri dia. Itulah cerita tentang tarikh 0203--

bersambung.......







p/s I:
Bila tahu tarikh yang sama dikongsi dengan seorang yang pernah menggugat rumahtangga aku, aku kecewa lagi.....



p/s II:
Alah, bukan aku pun mencipta 'kalendar' tu kan... Kalau nak bahagia, LUPAkan lah... ::

01 March 2012

Hadkan.

STICKY POST!
Entry terbaru, sila scroll ke bawah.





Diatas sebab dan alasan tertentu, saya akan hadkan pembaca blog ni. Ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2012 nanti. Sesiapa yang masih ingin mengikuti perjalanan blog ni, sila tinggalkan email anda pada ruangan komen. Begitu juga dengan Facebook saya. Ia akan turut dibekukan.







Sekian, Terima kasih.

Assalamualaikum.

Apa khabar.. seperti yang di telah diberitahu sebelum ini, blog ini telah pun dihadkan. Saya tak kisah la hanya beberapa orang saja yang baca, tapi sekurang-kurangnya saya rasa 'selamat'! Harap-harap kamu semua sihat2 saja kan.. Nanti ada masa terluang, saya update panjang-panjang yer! 






p/s:
Harap semua bahagia hari ni!