26 July 2012

LA TAGHDAB [Jangan Marah]


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:  ”Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..” (al-Bukhari)


Sumber: Google

Huraian:

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.


Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.


Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bukanlah orang yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang gagah perkasa ituialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah"
(H.R Bukhari dan Muslim)


Sumber: SINI.







Nota:


MasyaAllah.. begitu terperincinya ISLAM menerangkan kita sehinggakan bab marah pun dititikberatkan. Betul, terkadang kita akan berasa sangat marah pada seseorang. Sifat marah itu adalah sifat semulajadi yang ada pada setiap insan dan marahit akan menjadi lebih baik apabila kena pada tempatnya seperti marah kepada orang mempersendakan agama atau merubah hukum-hakam agama.

Tetapi MARAH yang bukan pada tempatnya adalah satu perangai yang KEJI, kerana MARAH akan mengakibatkan seseorang itu bertindak terburu-buru dan mengikut hawa nafsunya dan biasanya akan menimbulkan penyesalan di hari kemudian.

Oleh itu, MARAH seperti ini hendaklah dikawal dan jangan dilepaskan, kerana apabila sesuatu tindakan dibuat dalam keadaan MARAH maka tindakan itu dibuat dalam bentuk yang tidak sihat dan tidak menghasilkan faedah bahkan akan menyebabkan penyesalan dan kerugian.

Sebenarnya SYAITAN berusaha kita menjadi MARAH. dan apabila kita sedang MARAH maka mudah sekali bagi syaitan menggoda dan memesongkan kita kerana pertimbangan yang sihat telah hilang dan akal telah diliputi emosi sehingga emosi tidak dapat berfungsi dengan baik.

Maka seseorang yang dapat mengawal dirinya daripada melepaskan keMARAHannya beerti dia berjaya melawan syaitan yang akan mengheretnya ke jurang kebinasaan, kejahilan dan penyesalan. (TAHNIAH BUAT YANG BERJAYA MENGAWAL KEmarahAN KERANA ANDALAH SEBENARNYA ORANG YANG GAGAH).

Dan kemampuan seseorang melawan syaitan iaitu musuh yang tidak nampak ini adalah lebih HEBAT daripada kemapuan seseorang yang hanya dapat menewaskan musuh yang nampak didepan mata.

(Rujukan: kitab empat puluh hadits akhlak mulia)



24 July 2012

JANGAN BERSEDIH

HasbunAllah Wani'mal Wakeel.. Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..

Sumber: Google




Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda – "Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?" Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”. Baginda kemudiannya menyebut kalimah HasbunAllah Wani'mal Wakeel ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar.. Subahannallah.. 



Nabi Muhammad s.a.w. juga diriwayatkan menyerbut-nyebut kalimah HasbunAllah Wani'mal Wakeel ketika di dalam perang Badar, sehingga Allah memberikan kememangan kepada baginda. Lihatlah betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap hamba2nya yang berserah diri dan bertawaqal kepadaNya. Seharusnya, bila kita dalam kesusahan, atau kemurungan, kita kembali pada Allah, berzikir, bersolat sunat, membaca Al-Quran dan bermunajat padanya. Kalimah HasbunAllah Wani'mal Wakeel elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati. Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah s.w.t. 



(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran:173)


Mengapa harus cemas, mengapa harus takut, mengapa harus khuatir? bukankah ada ALLAH swt yang menjadi penolong dan pelindung kita? seperti yang dilakukan oleh Rasulallah saw dan para sahabatnya saat perang Uhud dimana kafir sudah bersiap sedia menyerang, perkataan yang keluar dari mereka ialah hasbunallah wa ni'mal wakiil. kita adalah makhluk yang lemah, kita tidak memiliki kekuatan. kekuatan hanya milik Allah, maka serahkan segala urusan kepadaNYA

"Telah datang kepada Rasulullah SAW seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang dikendarainya terlepas begitu saja di pintu masjid, tanpa ditambatkan terlebih dulu. Dia bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah unta itu saya tambatkan lebih dahulu kemudian saya tawakkal, atau saya lepaskan saja dan sesudah itu saya tawakkal?" Rasulullah SAW menjawab: "Tambatkan lebih dahulu dan kemudian bertawakkallah engkau!" (Riwayat Tirmidzi)


Sumber dari SINI dan SINI.







Nota:


Saya percaya dan saya yakin! Setiap apa yang terjadi itu ada sebab dan musababnya. Hari-hari yang berlalu sangat bermakna dalam diri kita.. terkadang kita diuji dengan ujian kesenangan dan terkadang kita diuji dengan ujian kesusahan.. Ya Allah, bukan mudah untuk menjalani ujian kesenangan dan kesusahan melainkan dengan rahmatNYA...

Apabila ujian itu tiba, yakinkan diri bahawa ujian itu kerana sayangnya Allah swt pada kita, sentiasa nasihatkan diri bahawa ujian itu meningkatkan darjat kita kepada Allah swt, meningkatkan tingkat kesabaran kita..  Subhanallah, begitu indah Allah mentarbiyyah kita.. begitu halus kasih Allah kepada kita...

Kasih Allah tiada batasnya... namun siapalah kita untuk merungut atas ujian yang menimpa.. Allah tidak akan menguji sesuatu kaum melainkan kemampuannya... Ya Allah, mudah untuk ku ungkap hadith ini.. namun, kita juga hamba yang dhaif lagi hina di hadapanMU... KAU bantulah kami dalam mensyukuri segala ni'matMU Ya Allah... Amin Ya Rabb..

17 July 2012

Doalah sebaik-baik doa.

DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)





Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.

“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: 

“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran. Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.


Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

Adakah anda seperti si burung kecil atau seekor cicak? Renung-renungkan!







NOTA:




Kadang-kadang saya sedih. Sedih dengan keadaan sekeliling. Kita memandang maksiat depan mata tanpa berkata-kata. Sedangkan menjadi tanggungjawab kita untuk menegur mereka walau dengan sepatah kata saja. Tapi kita tak mampu. Kita tak mampu  berdebat dengan mereka. Sebab kita tahu, akhirnya kita [saya] akan kalah juga. 


"Jika kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegahnya", kata Rasulullah. Baginda tidak hanya menyatakan apa yang kita perlu buat, tapi baginda juga sediakan jalan-jalannya untuk kita melakukan apa yang Baginda perintahkan, dengan kata-kata sambungan daripada Baginda, "Cegahlah dengan tanganmu. Jika tak mampu, dengan lisanmu. Jika itupun tak mampu, cegahlah dengan hatimu. Dan yang terakhir itu ialah iman yang paling rendah yang ada padamu". 


Allahuakbar!



Lemahnya iman saya. Subhanallah. Tapi hati ini tak kosong. Terdetik dihati, "Ya Allah, kesian mereka. Buat maksiat tanpa segan silu. Kau berilah mereka hidayah Ya Allah". Ya, DOA. Tanpa sedar, doa juga bolehmengubat hati kita jika kita tak mampu untuk menegur mereka.

"Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab. Di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah. Setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim)


Semoga lepas ni,  saya mampu lakukan yang lebih baik daripada apa yang saya mampu, hari ini. Amin Ya Rabb.


04 July 2012

JODOH.


Siapa tahu jodoh kita. Saya, kamu, mereka? Semua tak tahu. Ya, DIA tentukan jodoh kita. Sejauh mana pun kita berjalan sesama hubungan itu, tapi DIA berhak hentikan perjalanan itu. Sedekat mana pun kita berjalan bersama hubungan itu, tapi DIA berhak tolak kita untuk lebih jauh dalam melayari perjalanan tersebut. Dalam kehidupan, jodoh adalah ketentuan DIA. Siapapun jodoh kita, sudah tentu DIA rencanakan sesuatu yang terbaik untuk kita.


Setiap dari kita semua berbeza. Tidak kira lah siapa pun. Kita takkan sama! Dalam Hal jodoh, sudah tentu banyak perbezaan antara pasangan. Tapi yang penting, uruskan perbezaa. Itu kata ust. Pahrol Mohd Juoi.


Suka saya baca blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Dekat sana pelbagai 'rasa' yang saya belajar. Saya petik kata-kata ustaz dari sana..

Selagi kita manusia selagi itu kita berbeza. Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan. Perbezaan adalah rahmat kerana sudut pandang yang berbeza itu memberikan satu perspektif yang lebih holistik. Setiap individu, kelompok… pasti ada titik butanya masing-masing. Apa yang dilihatnya jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Manakala ada yang dilihatnya kabur, jelas pula pada pandangan orang lain. Dengan menggabungkan pelbagai sudut pandang, ufuk pandangan kita akan lebih luas. Dan ini mengurangkan sikap prajudis dan ketaksuban. Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Apapun, adab dan akhlak dalam berbeza pandangan itu sangat penting dan utama dipertahankan".








NOTA:

Saya tak pernah teruja bila tengok perkahwinan mana-mana selebriti. Tapi bila saya tengok majlis Irma Hasmie ni, hati dan jantung saya berdegup kencang. Sesungguhnya ALLAH lah perencana terbaik.  Saya sebagai manusia biasa, doakan semoga pernikahan ini dirahmati dan kekal hingga ke syurga.


# Sahabat, saya juga doakan kamu agar semua berjalan lancar!

02 July 2012

Ku Buka Jua.

Akhirnya! "BUKA" jua.. Tak apa la.. Untuk apa di tutup. Tiada rahsia juak disini.








NOTA:



SERI, Comment disable? Sedih saya.. :'(