31 January 2012

Tolong Menolong.

Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat (bermaksud):
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah:  2)


Ibnu Jarir pula berkata: Dosa ialah meninggalkan apa yang Allah suruh anda lakukannya, dan pencerobohan atau perlanggaran ialah melampaui batas yang ditetapkan Allah dalam agama dan melampaui batas dari apa yang Allah telah perintahkan kepada anda dalam diri anda dan orang lain. Dalam hal ini Rasulullah saw pernah bersabda (bermaksud):
"Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang dizalimi”, Lalu seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami memahami tentang menolong orang yang dizalimi, bagaimana menolongnya kalau dia seorang yang zalim? Nabi berkata (bermaksud): "Kamu menghalang dan mencegahnya dari berbuat kezaliman. Itulah cara menolongnya". (HR. Bukhari)

Sabda nabi saw (bermaksud):
"Tunjukkanlah ia kepada kebaikan seperti orang yang melakukannya".(HR. Tirmidzi)

Sabda nabi aw lagi (bermaksud):
"Orang mukmin yang bergaul dengan orang dan bersabar di atas penyiksaan mereka memperolehi pahala yang lebih besar daripada orang yang tidak bergaul dengan orang dan tidak sabar dengan penyiksaan mereka". (HR.Tirmidzi).



p/s:
Saya sangat-sangat berharap untuk menolong adik beradik sendiri yang dalam kesusahan. Setiap hari, sebelum mata terpejam, selalu teringatkan mereka. Bila bangun, buka mata pun ingatkan mereka. Selalu jugak saya berdoa.. "Ya ALLAH, tunjukkan kepada ku jalan untuk aku menolong adik beradik ku Ya ALLAH. Aku tak mampu hulurkan bantuan dari segi wang ringgit. Berilah aku petunjukMu Ya ALLAH".

Tetiba pagi tadi suami call. Dia cakap, dia ada terfikir satu idea. Balik rumah nanti dia ceritakan. Saya tak sabar dan saya tak tahu apa maksud dia. Sebab saya jarang bercerita tentang kesusahan adik beradik saya pada dia. Saya paksa dia cerita on the dot. hehe.. Rupanya dia pun sama, terfikirkan kesusahan dan kesempitan hidup darah daging saya.

Sekarang saya hantar anak-anak saya kat nursery. Tiap-tiap bulan saya bayar nursery tu. Sekarang ni, suami saya cakap, dia nak adik saya jaga anak-anak sambil jaga anak-anak dia sendiri. Dia akan bayar adik saya dan belikan makanan dapur untuk mereka nanti. Itu jer lah cara yang dapat kami tolong.

25 January 2012

Satu video, dua cerita.



Cerita Pertama:

Alysha, balik sekolah sibuk nak baca buku. Seronok tengok dia rajin macam ni. Harap sampai bila-bila la dia macam ni.




Cerita Kedua:

Iyman Ghazy, bila kita sibuk melayan kakak, dia pun sibuk nak tonjolkan diri juga. Macam-macam nak cerita tentang sekolah dia. Paling best, ada lagu baru yang saya tak pernah dengar. 

♪♫♪♫ "Gajah berkaki empat, geleng-geleng"♪♫♪♫

Haha.. kenapa geleng-geleng yer? korang ada pernah dengar tak lagu ni? Puas suruh dia nyanyi kan betul2. Tak dapat juga saya tangkap lagu apa ni. Saya faham yang last jer..

 ♪♫♪♫"tapi gajah tak makan orang.."♪♫♪♫





UPDATE:
Saya try search lagu ni.. akhirnya dapat! Kat bawah ni liriknya. Hee...



♪♫♪♫ Gajah Berkaki Empat (Gelek, Gelek)

Gajah Belalai Panjang (Gelek, Gelek)
Gading Dia Panjang
Tapi Tidak Makan Orang
Kalau Adik Ingin Tahu
Apa Makanan Gajah
La, La, La, La……….
Gajah Makan Tebu ♪♫♪♫



p/s:
Balik umah, mengadap anak, hilang semua penat lelah.. heee...

20 January 2012

Berlajar dan bergaya.

Tak faham saya dengan anak dara yang ni. Nak buat homework, cari spek hitam dia dulu, baru nak menulis. Tergelak saya tengok dia buat homework dengan papa dia! Seronok rasanya bila balik rumah, tak menyempat nk rehat, dia terus keluarkan buku sekolah. "Teacher suh kakak buat kat rumah". Bersungguh-sungguh dia bagi tahu kat papa dia. 





Patut la saya tak dilahirkan untuk menjadi GURU.  Tak boleh sabar rupanya dalam mendidik ni. Sian Alysha. Kena marah jerk dengan mama dia.  Ingat tak entry saya bertajuk Tips anak senang bangun pagi? Boleh klik SINI.


Hari ni, saya boleh cakap ALHAMDULILLAH. Buat pertama kali dalam bulan ni, Alysha dan Ghazy bangun dengan senangnya tanpa perlu saya marah-marah.. tanpa perlu saya jerit-jerit.. tanpa perlu ada sesi cubit-cubitan. Heee... Hari ni, papa mereka yang uruskan. Semuanya 'senang' jer.. mandi sendiri.. pakai baju sendiri. Lepas tu duk diam-diam depan TV tunggu saya siap pula... 


Dulu, sebelum alysha secara formalnya dia ke tadika, papa agak tegas. Selalu kakak kena marah ngan papa kalau buat silap. Kalau tak mau makan ubat, selalu kena paksa ngan papa. Kalau malas mandi, selalu kena papa tengking2.. Tapi kebelakangan ni, sejak Alysha sekolah, dia banyak lembut hati ngan Alysha. Lebih lembut dari saya. Cakap semua yang elok2.. 2-3 hari lepas, Alysha tak sihat, dia yang memujuk smpai Alysha berjaya makan ubat smpai habis. Bangun tidur pun sama. Buat kerja sekolah pun sama. Seronok saya tengok perubahan ni. 


Papa kata, kesian tengok Alysha, sekarang ni jadual dia pack sangat. Dah tak dapat tidur di siang hari seperti sebelum ni. Mana taknya, jam 8.30am, dah start mengaji qur'an. Lepas tu, 9.30am kena siap-siap untuk ke tadika pula. Pukul 3.00pm balik semula ke taska. Tukar baju, makan lepas tu buat kerja sekolah  sikit-sikit. Tunggu asar, ada sesi amali solat pula. Memang takde masa untuk tidur siang dah sekarang. Mungkin ini la penyebab papa mula belembut hati dengan kakak.. :)





p/s:
Semoga keadaan ni berkekalan! Dan semoga Alysha diberi kekuatan dalam menjalani rutin baru dalam kehidupan dia. Aminnn.. Hari ni saya datang kerja dengan perasaan happy.. tenangnya rasa.

19 January 2012

♥ Red Velvet cake!

Lama dah nak publish entry ni.. tapi asyik tertangguh jer.. Hari ni, saya tetap nak update. Asalnya kek ni saya tempah untuk sambut ulang tahun kelahiran mama saya pada 22hb Disember tahun lepas. Tapi memandangkan mama saya berada kat kampung waktu tu, tak dapat la saya hadiah kan kek ni. Jadi saya anjakkan tarikh kepada 29 hb. Iaitu hari ulang tahun kelahiran suami tersayang. Rasanya kali yang ketiga saya order kek dengan orang yang sama. Sebab saya suka! sedap! puas hati! Heee...

Malangnya, saya tak tahu mana silapnya, hilang semua moments masa celebrate hari tersebut. [saya, tau.. semua tu anak2 saya punya psal] Jadi saya terpaksa kopipes gambar kek ni dari FB owner nya.. [jangan marah yer..]






Ini lah rupa kek tu. Red Velvet! Memang saya puas hati. Sedap sangat. Memang tak rugi saya order hari tu.. Skang ni saya teringin nak makan kek ni..


Tapi masalahnya kek diatas dia belum buka untuk tempahan lagi! huuuu... Dia hanya buat kek tu istimewa untuk hubby dia tersayang jerk! ekekeee...



Dan dibawah ni, gambar saya bersama owner Cuppyness by Izz! Comel orangnya! heeee... friendly pulak tu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







p/s:
Saya kenal dia kat laman sosial jerk.. Tapi tak sangka, saya rasa best sangat kawan ngan Izz. Dia seorang yang sangat positif! Thanks Izz sudi berkawan ngan saya. heeee...

17 January 2012

Insurans.

Saya tak pernah ada insurans. Tapi saya dapat tawaran macam-macam.
Kekadang tergoda. Tapi suami cakap, biar dulu.


Tapi sekarang, saya tak nak biar. Saya nak ambik. Atleast untuk anak-anak.
Apa pendapat kamu semua?


Insurans apa yang kamu rasa saya patut ambik?








p/s:
Tapi kan, andai la kata 2-3 tahun akan datang, saya sudah tidak menjawat apa2 jawatan dah. Maknanya, saya sudah kehilangan sumber kewangan peribadi. Insurans tu adakah kita boleh tukar polisi lain atau 'burn' kan jerk. Rugi la kan.

13 January 2012

CNY.

Tiap-tiap tahun dapat free. Tapi tahun lepas dapat dalam bakul yang comel. Tahun ni dapat dalam kotak. Hee..






p/s:
Tapi orang cakap, makan buah ni jangan makan banyak-banyak. Nanti panas, batuk-batuk. Tapi ada petua, makan sekali dengan 'rambut2' dia tu.. eh, rasa tak boleh telan plak rambut dia tu.. heee...

12 January 2012

Belanja Sekolah.

Alysha, walau baru tadika dah pandai minta duit belanja.
Katanya nak beli kropok dalam bas.
(doh)








p/s:
Kamu semua bagi anak-anak belanja ikut suka hati atau ikut kemampuan atau ikut keperluan? Bagi saya, Alysha tak sepatutnya bawa duit belanja. Sebab sebelum ke tadika dia dah diberi makan. Bila berada di tadika pula, ada minum petang disediakan dan saya tau, dia tak mungkin kelaparan. Heeee...

10 January 2012

Tips Anak Senang Bangun Pagi.

Eh, bukan saya yang nak bagi tips, tapi saya minta tips dari kamu semua. Ada tak? Dua-dua anak saya susah bangun pagi walaupun kekadang pukul 9 mlm dah masuk tidur. Setiap pagi selalu saya mengalami masalah seperti dibawah:
1. Marah.
2. Terjerit-jerit pepagi buta.
3. Mood swing.
4. Tekanan.
5. Malu (sebab lambat hantar anak sekolah)

Dan yang paling dasyat yang saya tak boleh terima, masalah rasa BERSALAH! kekadang terbawa-bawa sampai ke petang rasa bersalah marah-marahkan anak sehingga ada adengan 'cubit-cubitan'.. huhu... Diaorang menangis sehinggalah sampai depan pintu pagar sekolah/nursery. Bila minta salam, cium tangan, mula la hati saya sayu... Menyesalnya.

Tapi saya tak tau dah macam mana nak buat. Pujuk sudah.. siap nak bagi 'hadiah' balik dari kerja petang nanti.. tak jalan jugak... Marah-marah pun yer jugak.. tapi tak jalan jugak, sampai kena cubit, baru berkesan sikit. Tapi berkesan dengan lalakkan mereka la plak! Lagi saya 'panas' smpai terjerit-jerit suara saya. huks... Tapi selalu jugak beristighfar, takut saya melampaui batas pulak. Heee...







p/s:
Kalau ada tips, kongsi la yer! Kesian saya.....

07 January 2012

Tadika.



Seronok tengok dia happy! Tak nangis pun masuk kelas.  Mama dia yang ter'over'.. Nak balik, 2-3 kali cakap dekat Alysha, "Mama balik yer.." Alysha, sengih jerk.. undur 2-3 tapak ke belakang, maju balik ke depan tanya lagi.. hadoi.. failed la saya.. yang kelakarnya, saya plak rasa nk nangis tinggalkan dia kt situ.. hiks..








p/s:
Lama sungguh saya tak apdet kan. Minggu terakhir tahun 2011 dan minggu pertama 2012, saya agak busy dengan kerja. Memang tak sempat nak apdet. Just bukak tutup, bukak tutup jerk blog ni.. Agak kelakar bila saya menempuh hari-hari yang bakal alysha menjejaki ke tadika, saya yang tak lena tidur, tak lalu makan. Huhu.. Sampai demam2 yang agak teruk jugak la! haha... Nasib baik hari pertama dia ke tadika, sempat saya hantar dia.. balik jerk dari tadika terus saya demam + sakit kepala yang amat sangat. Dua hari jugak la saya MC. Nasib baik suami turut EL jaga saya.. heeee.....